Thursday, August 19, 2010

don't be sad 2

YANG LALU, BIARLAH BERLALU

bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali. kita harus mengurung dan melupakannya di dalam penjara, mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluar melihat cahaya. kerana bagaimanapun, pelbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.

dengan demikian, tidak ada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan lain. semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali, kerana ianya memang sudah tiada.

janganlah anda hidup di dalam mimpi-mimpi buruk masa lalu, atau di bawah bayang-bayang kesedihan masa lalu. angkatlah diri anda dari fantasi tersebut! apakah anda menginginkan pelbagai musibah dan pengorbanan tersebut berulang kali? apakah anda mengharapkan matahari kembali ke tempat asalnya, bayi ke perut ibunya, air susu kembali ke payu dara si ibu dan air mata ke dalam kelopak mata, padahal semuanya hanya akan mengalirkan kembali air mata anda?

orang yang berusaha kembali ke masa lalu, adalah tidak ubah seperti orang yang manggiling tepung, padahal dirinya sendiri tergiling di dalamnya. ada ungkapan nenek moyang kita dahulu patut direnungkan oleh orang yang menangisi masa lalu: "janganlah kalian mengeluarkan mayat-mayat itu dari kuburnya".

bencana dapat menimpa apabila kita lemah menghadapi masa kini dan menyibukkan diri dengan masa lalu. kita mensia-siakan keindahan istana yang kita miliki dan mempertaruhkan semuanya demi sebuah penampilan masa lalu yang telah usang. padahal seandainya seluruh manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan semua perkara yang telah berlalu, nescaya mereka tidak akan mampu melakukannya, kerana pada dasarnya semuanya mustahil.

-angin akan terus berhembus ke depan; air mengalir ke depan; setiap khalifah akan berjalan ke depan. oleh itu, janganlah menyalahi sunnah kehidupan-

No comments:

Post a Comment