Saturday, April 9, 2011

DON'T BE SAD 14

LAPANGANGKANLAH DADA ANDA DENGAN BER'UZLAH



mengasingkan diri yang diajarkan syari'at dan sunnah Rasul adalah menjauhkan diri dengan kejahatandan pelakunya, orang yang banyak waktu kosongnya, orang yang lalai dan orang yang senang melakukan hura-hara. Dengan begitu, jiwa anda akan selalu terkawal, hati menjadi tenang dan sejuk, fikiran selalu jernih dan anda akan merasa leluasa (bebas) dan bahagia berada di taman-taman ilmu pengetahuan.


Mengasingkan diri ('uzlah) dari semua perkara yang melalaikan dari kebaikan dan ketaatan merupakan ubat yang sudah diuji dan dibuktikan kemujaraban oleh para ahli psikologi. banyak cara untuk menjauhkan diri dari kejahatan dan permainan yang sia-sia. di antaranya adalah; mengisi waktu dengan menyuntikkan wawasan baru ke dalam akal fikiran, menjalankan semua perkarayang sesuai adalah kaedah "takut kepada Allah" dan juga menghadiri majlis-majlis perubatan dan zikir. bagaimanapun, perkumpulan atau majlis yang terpuji yang patut dikunjungi adalah yang digunakan untuk menjalankan solat berjemaah, menuntut dan mengajarkan ilmu, atau saling membantu dalam kebaikan. Oleh itu, hindarilah majlis-majlis yang tidak jelas tujuannya dan tidak pula berguna! Jaga kesucian kulit anda, tangisilah kesalahan anda dan jagalah lidah anda! Semoga, dengan itu rumah anda dapat membahagiakan hati anda.


Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan merupakan serangan mematikan bagi jiwa dan ancaman yang membahayakan keamanan dan kedamaian diri anda. Sebabnya, melakukan perkara itu bererti anda telah bergaul syaitan-syaitan pembisik desas-desus, penyebar khabar bohong, peramal bencana dan petaka. Dan itu, akan membuat anda mati tujuh kali dalam sehari sebelum anda benar-benar mati. Maka....

....jika mereka berangkat bersama-sama kamu, nescaya mereka tidak menambah kamu selain dari kerosakan belaka... (At-Taubah: 47)


menyendirilah di 'bilik' anda dan hanya keluar untuk berkata atau berbuat baik sahaja. Pada saat seperti itu hati anda akan benar-benar menjadi milik anda, sehingga waktu dan umur anda selamat dari kesia-siaan, lidah anda terhindar dari mengumpat(ghibah), hati anda bersih dari kerisauan, telinga anda dijauhkan dari ucapan kotor dan jiwa anda bebas dari berburuk sangka.






No comments:

Post a Comment