Sunday, February 27, 2011

YA ALLAH YA TUHAN KU....
JADIKANLAH RASA RINDU INI ADALAH CARA UNTUK AKU SENTIASA MENDOAKAN KESEJAHTERAAN DAN KEAMANANNYA DISANA...
AMEEN YAROBBAL ALAMIN...









Saturday, February 26, 2011

MEREPEK MERABAN

hahahhaaaa.... giler ke apa kan..? ttba je gelak tak pasai2... bukan apa, mulakan harimu dengan senyuman... haa... eh2, ko tu eglak bukan senyum... hehehee... apa2 je la kan.... aku tak tau pun nak update sal apa ni... tapi rasa cam nak mengembalikan keaktifan dalam membebel tak tentu pasal dalam belog kesayangan aku ni... so, tak kisah la aku nak membebel sal apa pun kan...

haa...., aku ada gtau tak yang aku akan test jpj 10hb...? kalau ada la kan, meh aku nak buat pembetulan sket... semalam, cikgu yang ngajar aku tu ada msg, gtau yang aku punya borang permohonan untuk test tu kena reject... *adoyaiii....

so, aku punya test setakat ni kalau borang dah tak kena reject, 17hb nanti la plak... ye la..., memang la makin lewat, tak kan la yang awal tak lulus, makin awal luluss... plak kan...?

17hb...?? yesss.....!! kebetulan, semalam ayah aku call tanya camna progress belajar keter... so aku jawab la yang nak kena test maybe 17hb... ayah aku pun jawab... "haa.., buat elok2... biar lulus tros... so, anggap sebagai hadiah untuk diri sendiri tros..." hadiah apa...? addeee lerrr.... hehehheee.....







ADAM AND RABBIT

malam tadi syok je layan adam buat art sand yang dapat dalam chicky meal... tp aku rasa cam cik su dia yang terlebih excited kot... zaman aku dulu, aku tak sedar la plak samada benda alah ni dah wujud ke blom... kalau dah wujud, naper ayah tak beli untuk aku...?? waa... nak kena tanya ni... hahahaa...

dah ciap2 buat tu, semangat ooo adam nak tunjuk kat papa dia, kata pun papa tak der kat umah kan..? dia simpan leklok je, tunggu nak bagi papa tengok... alololoo.., so sweet la adam ni kan..? huuhuuu....

nak tengok hasil kreativiti adam...? jeng jeng jeng....











haaa...., ni la dia... mula2 nak buat rabbit tu warna kuning..., ummi dia cakap... "ummi tengok rabbit abang long cam demam, pucat je..." huhuhuuu....



so, ni la hasil kerja budak darjah 1... tu dok kalut soh ummi dia beli lagi, dia nak buat... berminat nampaknya... good2... :)







Thursday, February 24, 2011

BILA LELAKI KEHILANGAN TULANG RUSUK

aku nak share citer ni yang aku tjumpa link dia kat page fb kawan aku.... sesuai untuk renungan bersama....

*****************************************************************************************

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh



WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?



LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang

rusukku.



Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,

Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang

rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi

merasakan sakit di hatinya...



Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk

sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan

masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi

membosankan.



Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan

cinta satu sama lain.



Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai

menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA

lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak

cintakan saya lagi!!!".



LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga

berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.



LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang

telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air

mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad

untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi

Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".



Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha

mencari khabar akan kehidupan WANITA.



WANITA pernah ke luar negeri tetapi

sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.



LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di

hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.



Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana

banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah

dinding pembatas.



LELAKI: Apa khabar?



WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.



WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.



Saya akan

kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu

nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.



WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."



Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang

korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan

kembali merasakan sakit dihatinya.



Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah

kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia

patahkan.



*Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.

Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang

dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah

terlambat...*



*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh

hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata

yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?



Kira merasakan akan

*menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar

risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*



*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan

akibat yang akan diterima?? *



semoga bermanfa'at



Oleh:Admin Muslimah sholehah Andhika Al-Banjari Mtp



Ambil Hikmah sebuah Pengalaman



Dipersilahkan bagi yang ingin share or copas,

semuanya milik bersama



✿ Prinsip ABC ✿



✩ A mbil yang baik

✩ B uang yang buruk

✩ C iptakan yang baru

*****************************************************************************************






FACEBLOG

aku tengok dah ramai jugak la dok citer sal faceblog ni kan...? so do i la... tapi aku tak tau la nak bebel panjang2 sal ni..., sebab aku pun nak kena kaji secara mendalam dulu... huhuhuuu... kata pun buta IT kan... tapi cam best jugak la bila tengok dia punya page tu, tros tekan button join... apa yang aku tau sekarang ni..., faceblog ni adalah dikhaskan pada sape2 yang ada blog... nak tau lebih lanjut...? tekan sini or baca kat bawah ni...





SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH











Wednesday, February 23, 2011

MOTIF...?? TAK DER MOTIF

motif gambar...? tak der motif... hahaha... miss my syg... xtau la bila plak dapat jumpa ni...

motif entry...? tak der motif... hahaha... ai tu sumer dok citer konvo bulan 4 kan..? masing2 pun dah tak sabar la tunggu bulan 4.., nak konvo, nak jumpa kawan2.., dah rindu giler kot sumer kat kawan2... sekali.., konvo 24, 25 & 26hb MAY... hambek ko haa... lambat giler kot ag... adoiii... naper la makin lewat, kalau makin awal tak pe gak kan...? motif nak konvo awal2...? tak der motif... hahaha....







MALAYSIA VS PAKISTAN

"akak, naper lama tak update blog...?"
wah, ada jugak orang yang baca blog aku eh... hahaha... (dalam ati)
"tak der masa+tak der idea+tak der kerajinan la dik..."
hahahaa..., bila belek balik baru perasan memang dah lama pun aku tak hapdate, rasa cam baru 2 3ari ni je padahal...

pokok pangkal nya, aku tak tau nak citer sal apa ni... yang aku tau, aku kena hapdate jugak walau camna pun...

kita citer sal MALAYSIA VS PAKISTAN jap tadi la eh... keputusan, HARIMAU MUDA menang 2-0... walaupun sebenarnya banyak percubaan time separuh masa kedua kan...? sampai 9 kot... kalau pakistan tak tukar keeper separuh masa kedua tu, tak mustahil aku rasa pasukan negara dapat sumbang lagi banyak gol... ape2 pun.., syabas buat pasukan negara, HARIMAU MUDA...

tapi, bengang giler kot kan ngan pemain pakistan yang tak pasal2 g terajang our apex (wah, our gtu...hahahaha...) tu. tak pasal2 jugak la ko dapat kad merah. padan muka ko haa... laen kali maen elok2, kalau begang, lepas kat bola tu, jangan nak lepas kat orang tak pasal2. padan muka ko...!! kalau rasa nak terajang orang sangat, g la terajang kawan ko.., kompem ko tak dapat kad merah.., dapat kuar pasukan je kot... sebab tak der semangat berpasukan... hahahaa...

memandai je ko komen kan rawaida... cam la reti sangat tengok bola sepak... tengok orang yang sepak bola terror la... kahkahakahh... adios amigos asparagos... c(-:








Friday, February 18, 2011

GO STREK NO KONA-KONA

assalamualaikum... mood untuk hapdate belog cam off je kan semenjak dua menjak ni... bukan apa, tak der mender sangat la nak citer sebenarnya... kata pun aku dok umah je kan, bukannya ada g mana2 pun... ok tipu la kalau tak kuar lansung... hahahaa....

k la, hal ni dah tertunggak dalam 2minggu sebenarnya, tapi semalam baru settle. kan aku nak sambung belajar keter kat sini tu kena dapat pengesahan dari jpj tau, yang kat kampung sah2 la dah selamat disahkan, tapi yang kat sini la tak selamat lagi. cikgu yang ajar aku tu cakap,kalau bleh nak la pengesahan tu secepat mungkin sebab nak book untuk test tu cepat2 kan. nak dijadikan cite k.long tak tau jpj kat ane, abang aku plak 2 3ulan ni, outstation manjang.

so, semalam aku ngan kak long g la jugak berusaha untuk cari jpj tu... abang aku kata, g straight je sampai jumpa jpj belah kiri.... k, aku ngan k.long teruskan perjalanan... straight je ni.., aku dok usha belah kiri je la kan takot tlepas. pastu dah makin jauh tu, kitorang masok jalan sehala, pastu belah kiri jalan bangunan2, belah kanan plak cam ada hutan kecik, depan sket bangunan jugak, tak de la plak jalan untuk menghala balik... aish.., aku ngan kak long dah dok pk2 ni.., agak2 nanti jumpa tak jalan balik... huhuhuuu....

dalam2 dok melilau ngintai belah kiri tu, kak long pun cakap, "k.long rasa kar depan tu la deq, kat keter kuar tu, try adeq tengok. ada signboard tu" "tak nampak la kak long..."(pasan, tak nak pakai spek sapa suruh..?) rupa2nya, signboard tu dah memang logo ni la haaa...


pas ciap sumer urusan tu, kitorang amek je jalan nak ke bandaraya kuching, straight je..... sampai la jumpa balik jalan asal... hahahahahaa... selamat pergi dan selamat kembali....

kak long dah pernah g kat jalan tu sebenarnya, tapi orang lain yang drive kan..., paham2 je la.... kita yang jadi penumpang ni memang dok borak tanpa rasa nak amek tau pun kan jalan tu..., huhuuuu... sebab aku pun camtu... hehhehee......







Saturday, February 12, 2011

PIQA BAKERY N MILKADEAL

sambil hapdate belog..., sambil2 on9 fb... tiba2 arm knee tag a photo of you... tiba2 i lapar ok... mana tak nyer..., syg ku itu telah mentag kan gambar dia ngah mam pizza... dah la jelas terang lagi nyata yang pizza yang dimaknnya itu banyak cheese.... uhuk2....

lagi menambahkan lapar aku bila belek balik belog, adoyaii... milkadeal iklan sal product from PIQA BAKERY la plak... arghh... seteress hokeyy... dah la tengok dia nyer cake/cookies tu sangat comey dan menyelerakan....




korang dapat RM12 for 12 macaroons from PIQA BAKERY = 50% off tau... haaaa... cepat2 sape cepat dia dapat.... ada lagi 1day 23hours 53minute n 51second jer ag saat2 aku type entry ni...

pat2 siku lipat,
saper lambat tak dapat... wink~~




NOMBOR

perbualan diantara abang long a.k.a adam muhaimin, ummi a.k.a kak long n aku...
situasi: dalam keter otw balik amek abang long balik sekolah... (sekolah agama)


A: ustazah ajar gapo ai ni abe long...?
AM: ustazah ajar nombor...
KL: nombor gaponyo abe..., kea kelas agama tadi tu... ustazah ajar apa...?
AM: ajar nombor la ummi...

2 3 minit kemudian....

AM: cik su.., tengok ni haa... abe dapat eraser cheese ni tadi ustazah bagi sebab abe menang...
A: ye..? abe menang gapo...?
AM: abe menang kira...
KL: kira gapo abe...? abe menang gapo...?
AM: kira la, kalau maghrib 3 rakaat... haa...
A & KL: laaa... kira sggh rupanya.... pening ooo ummi ngn cik su nak pehe gapo hok abe oyak... huhuhuuu....

adoii..., budak2... hehehehee...




INSTITUT MEMANDU CANGIRAN

lepas ketrujaan aku terhadap choc tu berkurangan, kak long cakap kol 2.30 kita turun yer dik...? persoalannya disini... kemanakah akan kami tuju...? haaaa.....

jawapannya ialah INSTITUT MEMANDU CANGIRAN... hahaha... aku dah tak lupa dah nama dia... ai ni aku sambung jam yang ke 5... so ada lagi 3jam... tak sabar2 ooo nak abes cepat2... aishh... bukan sebab nak cepat2 dapat lesen, yela kan... memang la blajar tu sebab nak dapatkan lesen, tapi aku tak sabar2 nak abes je dulu ni haa... kalau dah abes maknanya dapat la lesen, ye idok...? kan...?

sabar la rawaida yer.... smileee.... :)





CHOCOLATE

seperti yang diketahui oleh orang2 yang terdekat ngan aku, aku ni adalah choc lover... aku suka giler2 ngan choc... tapi kalau eskerim choc aku tak gemar... huhuuu.... so, sepemergian abang aku labuan, adalah dibelinya benda2 di bawah ini.... peringatan bagi saper2 yang juga pencinta choc, sila ke supermarket berdekatan anda esok, hehehee.... c(-:



FORRERO ROCHER... choc ni pemes gler kot kan... tapi aku tak tau la naper aku tak suka sangat kat choc ni... tapi kalau yang orang bagi.., otometikli aku jadi heart laju2 sama ini choc... hahahaa....




DAIM..., i loikee..... memang choc ni jer yang mula2 aku nampak bila abang aku tanya nak choc apa... hahahaa....




oh my HERSHEY...!!! lollyHERSHEY kan... harussslah.... hahaha.... kalau hershey, yang paling pemes nyer, kisses la kan...? sedap pun sedap... comey pun comey...



kesemua itu... aku tsengeh sorang2 ok dapat choc... hahahahaaa... sangat teruja... gamaknya kalau aku g sendiri labuan, mau giler kot... huahuahuaa....







LATEST FROM BABY IK

meh nak citer sal our little princess ni... baby IK dah sebulan 9 hari ai ni... alhamdulillah.., baby dan ummi nyer adalah sihat walafiat... baby IK pun dah berubah wajah dia day by day... bak kata papa dia tadi, baru 2hari tak tengok, dah nampak laen pun muka dia... huhuhuu... betol ke...? memang la berubah, tapi aku tak der la pasan sangat, dah dok nengok teap2 ari kan....

try la korang tengok beza pic dia yang umo beberapa jam ngan yang sebulan lbh ni eh...?


beberapa jam selepas dilahirkan....


sebulan lebih.., blurr la plak... try tengok yg laen plak...


alololoo.., tlentok2 la plak baby cik su ni....


haaa..., clear.... walaupun baby IK buat2 muka blurr... hahahaa....


tido dah..., ni je la kejer nyer... rasa cam nak gigit2 jer pipi dia yang makin chubby tu... huhuhuu...






Friday, February 11, 2011

KUCHING TRIP LAST PART (MEE KOLOK SEPINANG SARI & IKAN TERUBOK MASIN)

salam.., huhuhuu... k2 tak yah nak tunjuk muka boring yer sorang2... cam yang dah tertera kat tajuk.., ni dah last part kuching trip.., aku pun dah naik muak kot nak citer sal kuching trip.., bukannya apa sebenarnya wei.., sebab nak kena upload pic je, mana tak nyer..., dalam entry2 KT aku yang sebelum ni banyak gambar je pun kan...? melalut dulu ko yer rawaida.., citer bila nak mula... sori2..., hahahaa...

k, ni dah last day family aku ada kat kuching, dorang dah nak balik malam tu. cam yang ada dalam schedule, pagi ari last tu kitorang akan g makan mee kolok kat kedai. nak rasa feel tu, sama ke tak ngan makan yang tapau kan. akak aku la yang paling excited. kalau korang tak caya, nanti aku tunjuk... hahaha..., matik la aku...


alffie yang makin mesra ngan papa long nyer....


makan jangan tak makan..., huhuhuuu...


adik alffie ngan tanda peace.... cam tu je la gaya posing nyer..., aishh...



aku punya...., tedaaappppp....

haaa..., tengok ni... bleh gtau aku tak camna tahap keterujaan akak aku ni...? hehehee..., bukan apa sebenarnya.... dah selera dia terkena tune ngan mee kolok, tu la pasal semangat nak makan tu...


bukti kehadiran katanya....

selain dari kek lapis, kala datang sarawak ada 1benda ag yang tak sah kalau tak bawak balik... agak2 apa...? haaa.., yang angkat tangan tu... apa jawapan anda...? apa...? ikan terubok masin..?? yeker...? mmm...., ya betooolll.... kepasar la destinasi kami yang keseterusnya....

PASAR TAMU DBKU.... banyak sangat orang jual ikan terubok masin kat sini ooo... kalau korang datang sini, konpem akan pening nak pilih gerai mana yang menjadi pilihan hati... abang2 pakcik2 adik2 yang jual tu pun..., dorang punya nak tarik ko beli kat gerai dorang... dorang akan follow sambil tawarkan harga. agak2 la kan, kalau boleh dorang nak tarik tangan pelanggan2 ni nak soh g beli kat gerai dorang kot... huhuuu....


bergambar adalah haruss.....



ini adalah gerai yang menjadi pilihan hati akak aku..., sebab harga yang dorang tawarkan lagi murah tak silap aku....


dah ciap packing pun... sangat kagum ok ngan cara dorang bungkus ikan2 tu sekor2, masok kotak yang walaupun bukan saiz ikan, tapi dorang akan ulter supaya sama saiz ikan, tape, ciap ngan ada tangkai bagi senang nak jinjit bagai... dah la sepantas kilat, memang terpegun la....


haa.., ni plak aktiviti petang untuk a.ame, akak n ayah aku... aku ngan mak adalah melepak dirumah. dorang nak g cari kuih cincin. salah satu kuih tradisi sarawak.

pas je dorang balik.., terus ciap2 packing barang sumer..., malam tu kitorang pun g la epot... sekali sampai flight delayed dari kol 9.45 ke kol 11.15... adalah sangat panjang masa di situ... so abang aku plan g lepak2 makan2 dulu....

so, dah agak2 dekat ngan waktu nak masok tu, kitorang pun berangkat la ke epot balik...


haa..., time ni aku dah tak der dah... aku dah balik umah dah... huhuhuu... ditinggalkan... pic ni pun ehsan akak aku ni... curi kt fb dia... hehehee....

altamat la sudah kisah kuching trip aku.... sekian terima kasih....








Thursday, February 10, 2011

LUPA

lama giler kot aku tak hapdate kan...? ntah kemana la menghilang mood aku nak hapdate belog secara bersungguh2 tu. kalau ai tu, sehari 4 5entry tu wajib kan? sekarang, 4 5ari satu entry tu dah kira miracle dah... huhuhuuu...

last part sal trip nanti aku hapdate later k... last dah pun, sebab tu la rasa cam tak rajin sangat tu... hehehheee...

k la, ahad minggu lepas aku start sambung balik aku nyer blaja keter yang jam ke4 tu. aku blaja ngan kawan kak long. ok, sebab cikgu dia sangat baik, nama driving scholl tu aku tak ingat sebab pelik... aku blaja weekend jer sebab cikgu aku tu dia kejer kat tempat lain sebenarnya, jadi cikgu sekolah memandu ni just as a part time job katanya, haaaa.... i/Allah weekend ni la plak aku sambung blaja....

mmm.., sebelum datang s'wak ai tu punyala aku soh akak aku potong rambut aku, tapi dia buat derk je kan... so, niat cam terbatal camtu jer... tapi sekali aku rasa cam dah rimas sangat ngan gugur nya, ngan pnjg nya, so ke kedai gunting la kak long bawak aku tadi. hehehee... nama saloon ni pun aku lupa jugak, tapi kat pasar satok tak silap aku. service nya sangat2 bagos ok, sangat2 puas ati. harga pun ok la... ciap ngan free iron lg haa... huhuhuuu... kan dia iron rmbut aku kan, dah ciap sumer tu, aku ikat la balik rambut....

miss: sayang la, baru iron. nanti rosak...
aku: hhmmm.., nak buat camna. kena la ikat jugak sebab nak pakai tudung kan...
miss: hehehe..., a'ah kan... :)

sekarang dah hilang pun iron tu.., huhuhuuu...






Saturday, February 5, 2011

MISSION FAILED

uishh.., panas ag rasa bibir aku ni penangan tomyam yang pedasssss punya pasai... tapi nasib rasa dia sedap.., kalau tak mau nyer aku sadai je maggi tomyam tu... hehehee...


hahahaa.., caya tak sebenarnya aku ada kedai tomyam...? haaa.... aku tak nak citer jer sebenarnya sebelum ni... aku tak nak la kan nanti free2 dapat 'note buku' sebelah kiri plak kan, tapi bukan sebab bongkak nak menunjuk2, sebab menipu... huhuhuu... pic ni memang la pic real, tapi bukan aku punya la... kawan aku yang snap. dia cakap kedai ni kat johor, area mana aku lupa dh... dah la aku suka makan tomyam, ada plak kedai tomyam nama aku, memang canntikk la kan... hahahaa....


sebenarnya aku abang n k.long kuar tadi, sebab aku nak cari kasut. esok dah start program yang tertunggak itu, tapi nak dijadikan citer... sumer kasut yang aku bkenan n yang tak over budget adalah kehabisan size ooo.... bukan sepasang, tapi 3 4pasang, sumer takde size... apa la nasib aku kan... mentang2 la lpas cny, sumer kasut yang size 'comey2' kena sapu bersih yer.... hmmm..., last2 balik ngan mision failed laaa... pakai sandle je ler esok jawabnya... huhuhuhuuuu....

psstt.., kasut school itu sangat lawa n sangat mahal... bila la scholl nak buat kasut murah2... memang tak la.... aishh....







Wednesday, February 2, 2011

AYAM PENYET N EPI CHINESE NEW YEAR

malam ni, kerajinan adalah sedikit timbul bila rasa tros nak hapdate apa yang berlaku ai ni...

apa yang berlaku...?? tak der apa pun sebenarnya.., heheheee.... ai ni mak k.long(kakak ipar aku) dah nak balik kampung. so, akak aku mintak la kirimkan mee kolok, sebab aku nak buat kan. dorang dah rindoo sangat2 ngan mee kolok ooo... nak dijadikan citer, semalam time g beli ikan terubok masin, ada sebungkus je ag mee kolok kat pasar tu. so, kak long beli je la 1 dulu. pagi tadi, aku ngan kak long kuar la nak cari sebungkus ag kan, tapiiii..... punya la kami pusing segala kedai segala pasar, sumer kehabisan mee kolok. adoii.., mentang2 la esok dh cny.., sumer mee kolok dorang sapu bersih... so, sebungkus je la dulu yang selamat terbang balik ke kampung. huhuhuu...


petang tadi, abang aku gtau kak long bahawasanya malam ni dia plan nak g makan ayam penyet. maka dengan itu, makan malam di
raja ayam penyet kopitian la kami pada malam ini. komen? ayam dia best, garing.... lepas dah ciap makan, destinasi seterusnya adalah balik kampung..., eh3 balik kampung plak dah, balik rumah la... hehehehee....

suasana malam cny kat cni meriah hokey, ngan bunyi mercun tak henti2 dari malam tadi ag, ngan rumah2 yang penuh ngan tanglong, lampu terang benderang nya. ada 1 rumah tu, dah cam icity dah aku tengok. penuh pokok2 lampu dalam kawasan umah dia. orang kuching kalau tingin nak g icity, tak yah terbang g semenanjung la, g umah dia jer, dah lebih kurang sama dah pun. (agak2, nak masok umah dia kena beli tiket jugak ke eh...?)

gambar2 kat atas adalah sama sekali tidak ada kene mengena ngan cerita ini secara lansung mahupun tidak lansung. sekian terima kasih...

HAPPY CHINESE NEW YEAR...!!! :)









BOS YANG POWER

****************************************************************************
Ni kisah satu org makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani besar. Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu cuai + pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit firstday dia kat kompani tu. So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Mmg malang tidak berbau, dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok nyandar kat tepi dinding.

"Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua
perkerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan.

"Bape gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras "Dalam
RM800" . jawap Pekerja tu, lalu Bos tu menjawap,

"Nah amik ni Rm800,BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2 PEGI TEMPAT LAIN"

Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek.
Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka
paham, sape malas, sure kene pecat!

Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa
puas.Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opis nye, dia
bertanya kepada salah seorg pekerja disitu,"Mamat tadi tu kerja
department mana?"

Jawap si pekerja,"Owh, dia tu PENGHANTAR PIZZA!!".


****************************************************************************

best kan jd budak pizza tu, dapat tips rm800 ooooo.... hehehehee....