Saturday, November 6, 2010

AKU SEBUAH BAG

nama aku potter. aku berasal daripada Thailand (memandai jer...). kulit ku berwarna hitam dan aku mempunyai tangan yang boleh diubahsuai mengikut kesukaan tuanku.



pada suatu hari, ada seorang gadis cantik, berambut panjang lurus datang ke kedai yang aku huni. gadis itu melihatku dengan reaksi yang sangat teruja dan berminat. aku dengar dia berkata kepada kawan-kawannya bahawa dia ingin membeli ku.... aku sangat gembira kerana aku bakal mendapat tuan baru. aku sudah bosan berada di kedai ini. hanya terkurung sepanjang masa.



akhirnya, aku beralih tangan. tuan baru ku sudah membeliku dan membawa aku pulang. dia sangat gembira. oh ya, lupa aku nak perkenalkan. tuan baru ku itu bernama ila (bukan nama sebenar). aku menanam tekad didalam hati untuk berkhidmat kepada ila sebaik-baiknya. aku sayangkan ila sebab dia sentiasa menjaga ku dengan berhati dan sentiasa membawa ku kemana sahaja dia pergi.



aku sangat gembira, walaupun kadang-kadang ila sentiasa memberi ku tugas untuk membawa barang-barang yang berat.



pada suatu hari, ila keluar bersama kawan-kawanya ke sebuah pasaraya yang penuh sesak dengan manusia. bergesel-gesel dan berhimpit-himpit dalam lautan manusia itu. tapi ila sentiasa menjaga ku sebaik-baiknya.



akan tetapi, panas yang aku sangka hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. selepas ila dan kawan-kawan keluar daripada kelompok manusia yang ramai, mereka menuju ke satu tempat yang terdapat ramai kawan-kawan ku. aku cuba bertegur sapa dan aku merasa bangga kerana aku suda tidak lagi berada di kedai seperti mereka, sangat membosankan. tiba-tiba, aku terlihat ila memegang kawan ku yang juga dari tempat yang sama dengan ku. apa yang membezakan kali hanyalah warna, corak jenis kulit dan saiz. badan nya sedikit kecil berbanding aku dan dia berwarna putih. aku cuak, tapi aku cuba berfikir secara positif, akan tetapi aku semakin menggeletar dan ketakutan bila ila menghulurkan sejumlah wang dan plastik yang terdapat kawan ku itu bertukar tangan.



aku menjerit meminta tolong apabila ila mengeluarkan semua barang-barang yang aku bawa dan memberikannya kepada kawan ku itu. aku bertukar tempat dengan kawan ku, aku diletakkan di dalam bag plastik dan kawan ku itu memberikan khidmat kepada ila. aku sangat sedih... :(

- THE END -




3 comments:

  1. hehehe...teringat karangan ms darjah 6 dlu...subjek penulisan..

    ReplyDelete
  2. sang pencinta : hahahaaaa...., sssyyyyy....lalalalalaaaa....
    nieza said : 2la psl..., kalau anta kt ckg BM drjah 6.., agak2 baper dpt markh ni...? ihik3..

    ReplyDelete