Thursday, November 18, 2010

DON'T BE SAD 4

Firman Allah S.W.T. di dalam surah An-Nahl, ayat 1:
... sesuatu yang telah ditentukan ileh Allah pasti akan datang, maka janganlah kalian minta untuk disegerakan...

Oleh itu, janganlah anda mendahului sesuatu yang belum terjadi! Apakah anda mahu mengeluarkan kandungan sebelum waktunya dilahirkan, atau memetik buah-buahan sebelum masak?

Dalam syariat, memberi kesempatan kepada fikiran untuk memikirkan masa depan dan membuka-buka alam ghaib dan kemudian terhanyut dalam kecemasan-kecemasan yang baru diduga darinya, adalah sesuatu yang tidak dibenarkan. Kerana, perkara itu termasuk tulul amal (angan-angan yang terlalu jauh). Sesungguhnya tindakan itu pun tidak masuk akal, kerana sama halnya dengan berusaha perang melawan bayang-bayang.

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil, kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya (Al-Baqarah: 268)

Biar hari esok itu datang dengan sendirinya; janganlah anda menanyakan khabar beritanya dan jangan pula anda menunggu waktu itu. Sebab, hari ini anda sudah sangat sibuk. Jika anda hairan, maka lebih menghairankan lagi orang yang berani menebus kesedihan suatu masa yang belum tentu matahari terbit di dalamnya dengan bersedih pada hari ini. Oleh itu, hindarilah angan-angan yang berlebihan.





No comments:

Post a Comment