Monday, March 7, 2011

PEMANCAR

Malam sabtu adalah malam yang boleh dikatakan malam berkumpul kat rumah abg aku. Sebab aper? Sebab besoknyer abg aku tak keje, jadi dia akan meluangkan masa untuk bersama family yang ditinggalnyer sari suntuk selama 5 hari bekerja. Aktiviti? Takde yang grand, duduk bersembang depan tv sambil melayan kerenah anak2 yang tak penah reti dok diam serta menonton tv yang menayangkan rancangan ntah apa2 ntah... itu suma tak penting... yang penting kami dapat meluangkan masa bersama dan masing2 cuba untuk bercerita pengalaman yang dah luput dek zaman ataupun yang masih segar bagi mewujudkan suasana ceria di antara kami...


Dalam pada sesi bercerita itu... timbul la satu topik yang telah memecah suasana dengan gelak hilai kami yang memangnyer kaki mengilai... apakah topic itu? Belum boleh bagitau apa topiknya itu kerana daripada topik itulah abang aku telah menceritakan satu kisah yang boleh dikatakan menarik untuk aku kongsikan bersama disini.... sabar naa...



Gni, Kisah yang diceritakan abang aku adalah kisah pengalaman salah seorang sahabat beliau ketika bertugas di Sarawak. Abang aku kerja sebagai drebar kapal terbang polis kat Sarawak... kawan abang aku tu plak adalah drebar helicopter. Suatu ketika, dalam beberapa tahun yang lepas, sahabat abang aku itu menjalankan tugas rutin iaitu rondaan udara di kawasan pendalaman negeri Sarawak. Setiap satu tugas penerbangan memerlukan tiga orang krew dalam satu pesawat...dua juruterbang dan satu pemerhati udara. Sedang asyik mereka meronda, tiba2 mereka menerima satu panggilan dari pangkalan udara polis Sarawak mengarahkan mereka mendarat di Bario (salah satu daerah pendalaman di kawasan pergunungan Sarawak yang popular dengan berasnya) untuk mengambil ‘sesuatu’ dari sana dan dibawa ke kuching. Tanpa mempersoalkan arahan tersebut, mereka terus menghalakan muncung pesawat menuju ke Bario untuk menjalankan tugas seperti yang diarahkan itu.... tetapi di dalam kepala masing2 dok tertanya2 apa la gamaknya barang yang diarahkan untuk diambil di Bario tu....



*************************************************************************************






Dengan perasaan kurang puas hati Kapten juruterbang meminta pemerhati udara menghubungi pangkalan kembali untuk bertanyakan apakah barang yang perlu diambil di Bario.... jawapan yang diterima ialah “kamu diarahkan untuk mengambil ‘PEMANCAR’ dari Bario untuk dibawa ke Kuching”.... setelah menerima jawapan tersebut masing2 terus diam dan meneruskan penerbangan menuju ke Bario... tiba2 pemerhati udara telah menyuarakan satu persoalan yang terus menjadi perbincangan hangat mereka selepas itu... ”pemancar apa yang diorang nak kita bawak ni tuan? Muat ke aircraft kita ni nak bawak pemancar? Kalau pemancar yang saya tau tiangnya saja dah 4-15 kaki tuan...” betul jugak... semua krew berfikir sejenak... lalu kapten juruterbang pun bersuara.... ”aaahh... tak kisahlah apa pun... dah arahan dia mcm tu kita buat jelah...kalau tak boleh bawak kita tinggalkan je lah... tak pun kita lipat2 je la mcmana pun bagi muat... diorang bukan tak tau aircraft kita ni kecik... nak jugak mintak bawak benda bukan2...” masing 2 terus diam bila dengar kapten sendiri dah cakap mcm tu...





Setelah mendarat di satu kawasan yang sememangnya telah ditetapkan sebagai tempat pendaratan helikopter di Bario, juruterbang terus mematikan enjin pesawat untuk mengelakkan debu pasir serta daun daun kering berterbangan mengenai puluhan penduduk yang menunggu di sekeliling kawasan pendaratan... sejurus kemudian seorang lelaki tua yang sudah sedikit bongkok berpakaian tradisional lengkap kaum kelabit berjalan menuju kearah pesawat diiringi oleh dua lelaki muda tegap dibelakang beliau.... salah seorang dari mereka terus menghampiri kapten juruterbang(sahabat abang saya)... sambil bersalaman dia mengucapkan terima kasih kerana sudi membantu dan berharap ‘PEMANCAR’ mereka selamat sampai ke Kuching(dengan pelat kaum kelabit)... tanpa menunggu ulasan lanjut dari pemuda tersebut, kapten terus mengajukan soalan yang sememangnya menagih kepastian sejak dari mula.... "kat mana ‘pemancar’ tu? Kami perlu tengok dulu saiz serta bentuk barang tersebut sebelum kami putuskan dapat ke tidak ianya dimasukkan kedalam pesawat..” sambil berpandangan sesame mereka, kedua dua pemuda tersebut terus menuding jari kearah lelaki tua berpakaian tradisional lengkap yang sedang menunjukkan wajah keliru sambil berkata “itulah pemancar kami”... ketiga2 krew berpandangan sesame sendiri sambil tersenyum menahan ketawa yang bila-bila masa saja boleh meletup.... hanya dengan ucapan ‘OK’ dan mengangkat tangan tanda hormat, ketiga2 mereka bergegas masuk ke pesawat bersama2 dengan pemancar tersebut.... bila saja enjin pesawat dihidupkan dan bunyi kuat kipas helikopter memecah kesunyian, mereka terus melepaskan ketawa hilai mereka atas apa yang berlaku sebentar tadi tanpa mempedulikan lelaki tua yang dipanggil pemancar itu yang terus memandang mereka dengan kehairanan.... barulah mereka tau PEMANCAR itu merupakan nama panggilan kepada ketua kaum kelabit di Bario, Sarawak......

********************************************************************************************

sekian terima kasih.... credit to my big bro... cerita asal sepenuhnya dari beliau ni... aku edit sket2 je... hehehee....






No comments:

Post a Comment