Thursday, January 27, 2011

KITA ADALAH TEMAN BAIK DIRI KITA SENDIRI

a note from k.emma.....


Kita adalah teman baik kita sendiri. Hanya kita yang tahu apa yang kita mahu, apa yang kita rasa, apa yang kita inginkan. Hanya kita dan Allah yang tahu kebolehan dan kelemahan kita di mana. Hanya kita dan Allah yang tahu bagaimana perasaan kita. Hanya kitalah yang paling memahami diri kita sendiri.

Oleh itu, hanya kita yang boleh memujuk diri kita sendiri, memberi kekuatan kepada diri kita sendiri, orang lain boleh mendengar masalah kita, kemudian berkata bahawa mereka memahami lukanya perasaan kita, tapi hakikatnya, apa yang kita rasa, apa yang kita lalui selama kita hidup, apa yang kita impikan, lipatan sejarah hidup kita, hanya kita dan Allah sahaja yang tahu.


Justeru, carilah kekuatan yang ada dalam diri, pujuklah diri sendiri. Beri semangat kepada diri kita sendiri, jangan berharap kepada orang lain, takut kelak kita akan kecewa. Bisikkan kepada diri kita sendiri bahawa kita mampu mengharungi setiap dugaan dengan izin Allah, bermohon dan merayulah kepada Allah. Berdirilah di atas kaki sendiri...








No comments:

Post a Comment