Monday, January 3, 2011

ZAMAN PERSEKOLAHAN

saper baca status fb aku...? huhuhu.., fb aku di sini yer tawan2... yup..., ai ni ari pertama start sekolah sumer kan....? tak kira negeri mana pun, sumer start ai ni. bagi kelantan, terengganu dan kedah adalah kebetulan sebab cuti peristiwa yang negeri2 lain dapat ai jumaat, 3negeri ni ganti semalam kan. so, sekolah yang sepatutnya start semalam, digantikan ai ni... pagi2 ag pakcik makcik aku dok cakap sal anak2 sekolah, bukak 8TV Hot fm pun dok cakap sal sekolah... aku...? tiba2 rasa rindu nak g sekolah balik, nak pakai uniform sekolah balik... hmm.., betol la kata orang kan... saat yang paling kita akan rindu adalah zaman persekolahan. memang memori yang tak dapat dilupakan.





time2 sekolah rendah dulu, aku sekolah kat SEKOLAH KEBANGSAAN PAK BADOL, BACHOK KELANTAN... kat sekolah ni la bermula status aku sebagai pelajar hingusan yang tak tau apa2... hahaaa... waktu standard 1, aku ketua kelas, penolong plak laki. dia ada 2bradik dalam kelas tu. adik dia tompang, dorang ni anak cikgu kat situ jugak. dorang ni sebenarnya sedara aku. tapi, bau2 bacang la... walaupun aku ketua kelas yang sangat garang, tapi aku salu kena buli ngan 2bradik yang sangat nakal itu ok... adoyaiii.... standard 1, tak tau apa2 pun ag... aku sekolah kat situ sampaila aku standard 6... macam2 la pengalaman. time tu.., salu terfikir... lambatnya nak naek sekolah menengah, sebab tengok abang2 akak2 sekolah menengah tu, rasa cam best jer dorang kan. result UPSR aku syukur Alhamdulillah..., soooooooooooooo.....





aku dapat masok sekolah menengah kat MRSM KUALA KRAI, KELANTAN. kat sana aku dapat ramai kawan yang datang dari seluruh negeri kelantan, tak kurang jugak dari negeri2 lain. aku ingat ag, minggu pertama dok kat situ memang tiap2 malam aku nanges sebab homesick.. hahahaaaa..., hujung minggu plak laaaaaaaagiii la sedih sebab pk sumer baju2 nak kena basuh sendiri... waaaaaaaaaa.... nak balik... kahkahkahh.., rasa cam kelakar la plak. tapi dah lama2 tu, aku ok la... sayang nya.., sebab pangai aku yang malas study ni.., bercampur ngan sebab musabab lain, result PMR aku kurang 1 je lagi untuk aku teruskan aku nyer study kat situ. so.., bila cikgu2 soh buat rayuan, mak ayah aku bagi kuasa untuk buat keputusan 99% kat tangan aku. 1% ag, dari family la kan...



so.., aku buat keputusan tak buat rayuan, then sambung my upper form kat SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MELOR, KOTA BHARU KELANTAN. kat sini lagi la banyak benda2 yang aku belajar, lagipun masing2 dah besar, masing2 dah pandai fikir kan... result SPM aku plak, cukup2 makan la... aku dapat form 6 kat SIC, aku g study dalam sebulan je. pastu, aku g KPTM, 2bulan jer, pastu aku dapat POLISAS ngan UiTM....



time ni.., aku lagi la tertekan nak pilih yang mana satu. UiTM or POLISAS, keputusan memang mak ayah aku soh aku buat 100%... dorang just bagi pandangan. dorang cakap, dorang tak nak campur sebab yang belajar nya nanti, aku. masa depan aku. kalau dorang soh aku belajar benda yang aku tak nak, nanti aku stress, tak leh nak belajar. POLISAS aku dapat dip. in Sescretarial Sc. UiTM plak aku dapat dip. in Accountancy. kalau ikutkan memang aku minat kira2 ni..., tapi setelah dipertimbangkan dan atas faktor2 semulajadi.., aku pilih POLISAS untuk sambung study...



so..., masaketika ni... aku dah abes study n ngah tunggu nak konvo... saat ni..., fikiran time budak2 time sekolah dulu yang rasa tak sabar2 nak abes belajar, tak sabar2 nak jadi dewasa tak sabar nak kejer dah terbalik dah. bila kita dah alami sendiri, baru kita sedar kan, time budak2 tu adalah saat2 yang paling manis dan gembira. tak der benda nak fikir selain daripada main n belajar je. main yang lagi banyak pun..., huhuhuuu... sekarang ni, dah macam2 benda nak fikir, nak cari kejer la.., nak sambung belajar la.., nak beli keter la... kawen...?? HOLDDDDD.... huhuhuhuuuu.... bila deberi peluang untuk balik time sekolah2 dulu tentu, macam2 benda yang kita rasa nak buat balik kan...? tentu macam2 yang terlintas kat kepala, kalau dapat undur balik masa, aku nak belajar betol2 la, aku tak nak buat tu la, aku tak nak buat ni la, aku tak nak kenal dia tu la, aku tak nak kenal dia ni la, aku nak buat baek ngan sumer orang, aku tak nak nakal2... macam2 la kan.... tapi..., sumer tu hanya KALAU... realitinya, masa dah tak boleh nak pusing balik... so...





yang tinggal hanya kenangan,
sekarang adalah kenyataan,
dihadapan cuma impian,
bermacam angan2, realitinya...??
di luar pandangan....










No comments:

Post a Comment