Wednesday, December 8, 2010

BINGKISAN BUAT ADAM

***************************************************************************
Jangankan lelaki biasa... Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka... Hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segalanya
Apa yang tidak ada didalam syurga
Namun Adam tetap rindukan Hawa
Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki
tapi kalau diri sendiri tidak lurus
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus
Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah
Kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah
Didiklah mereka dengan panduan dari Allah
Didiklah mereka dengan panduan dariNya
Janganlah cuba dijinakkan dengan harta
Kerna nanti mereka semakin liar
Janganlah menghiburkan mereka dengan kecantikan
Kerna mereka semakin menderita
Yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal
Disitu puncanya bagi kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu
Hati serapuh kaca, kuatkanlah dengan iman
Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak
Suburkanlah kerana dari situlah nantinya
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Ilahi

Bisikkanlah ketelinga mereka
Bahawa kelembutan bukan satu kelemahan
Bukan diskriminasi Tuhan
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak terhibur dan menghiburkan
Tanpa ilmu, iman, dan akhlak mereka tidak akan lurus
Bahkan akan membengkok
Itulah akibat andainya wanita tidak kenal akan Tuhannya
Apabila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan
Tetapi binalah kepimpinan
Pastinya sebelum memimpin wanita menuju Ilahi
Pimpinlah diri sendiri kepadaNya
Jinakkanlah diri dengan Allah
Nescaya akan jinaklah segala-galanya
Dibawah pimpinanmu....

***************************************************************************
hobi aku, baca dan tulis... yang ni aku lupa dah aku copy dari mana... tapi yang pasti nya dari majalah.... dah tak der kejer sangat nak buat tadi, belek buku2 zaman sekolah... huhuhuuuu....

dats 4 my future husband... but, who...??? ehmmm....







No comments:

Post a Comment