Sunday, December 5, 2010

DONT BE SAD 7

BERBUAT BAIK KEPADA ORANG LAIN AKAN MELAPANGKAN DADA

Kebajikan itu sebaik namanya, keramahan seramah wujudnya dan kebaikan sebaik rasanya. Dan orang yang pertama kali akan dapat merasakan manfaat dan semua itu adalah mereka yang melakukannya. Mereka ini akan merasakan 'buah'nya seketika itu juga dalam jiwa, akhlak dan nurani mereka. Sehingga, mereka pun selalu lapang dada, tenang, tenteram dan damai.

Perbuatan baik laksana wewangian yang tidak hanya mendatangkan manfaat bagi pemakainya, tetapi juga mereka yang berada di sekitarnya. Dan manfaat psikologi dan kebajikan itu terasa seperti ubat-ubatan mujarab yang dapat diperolehi di dalam hati mereka yang baik berhati baik dan bersih.

Menebar senyuman manis kepada orang yang "miskin akhlak" merupakan sedekah jariyah. Ini tersirat dalam tuntutan akhlak yang berbunyi:

Sekalipun engkau bertemu dengan saudaramu dengan wajah ceria.
(Al-Hadis)

Sesungguhnya kemuraman wajah merupakan tanda permusuhan sengit terhadap orang lain, yang hanya diketahui terjadinya oleh Sang Maha Ghaib.

Seteguk air yang diberikan seorang pelacur kepada seekor anjing yang kehausan dapat membuahkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Ini, merupakan bukti bahawa Sang Pemberi pahala adalah Zat Yang Maha Pemaaf, Maha Baik dan sangat mencintai kebajikan, serta Maha Kaya lagi Maha Terpuji.

Sedang dia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patutu dibalas, hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi; dan demi sesungguhnya, dia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya). (Al-Lail: 19-21)




No comments:

Post a Comment