Tuesday, December 14, 2010

DONT BE SAD 8

USIRLAH KEKOSONGAN DENGAN KESIBUKAN

Saat paling berbahaya bagi akal adalah manakala pemiliknya menganggur dan tidak berbuat apa-apa. Orang seperti itu, ibarat kereta yang berjalan dengan kecepatan tinggi tanpa pemandu; akan mudah terhuyung-hayang ke kanan dan ke kiri. Apabila pada suatu hari anda mendapati diri anda menggangur tanpa kegiatan, bersiaplah untuk bersedih, gundah dan cemas! Sebab, dalam keadaan kosong itulah fikiran anda akan menerawang ke mana-mana dari mengingat kegelapan masa lalu, menyesali masa kini, hingga mencemaskan kelamnya masa depan yang belum tentu anda alami.

Waktu kosong itu tidak ubahnya dengan seksaan halus ala penjara Cina; meletakkan si tahanan itu di bawah paip air yang hanya menitiskan air satu titik setiap minit selama bertahun-tahun. Dan dalam masa penantian yang panjang itulah, biasanya seseorang akan menjadi steress dan gila. Menganggur dapat melalaikan diri dan sunyi dari kegiatan merupakan pencuri profesional, sedangkan akal anda adalah perwira yang dapat melawan dan mengoyak pertempuran khayalan ini. Kerana itu bangkitlah sekarang juga; kerjakan solat, baca buku, bertasbih, mengkaji, menulis, mengemaskan meja kerja, mengemaskan bilik tidur, atau berbuatlah sesuatu yang bermanfaat bagi orang lain untuk mengusir kekosongan itu!

Bunuhlah setiap waktu kosong dengan "pisau" kesibukan! Dengan cara itu, doktor-doktor dunia akan berani menjamin bahawa anda telah mencapai 50% dari kebahagiaan. Lihatlah para pertani, nelayan dan para buruh kasar, mereka dengan ceria mendendangkan lagu-lagu seperti burung-burung di alam bebas! Mereka tidak seperti anda yang tidur di atas katil empuk, tetapi selalu gelisah dan mengalirkan air mata kesedihan.







No comments:

Post a Comment