Friday, December 31, 2010

PERJALANAN 2010

Ari ni.., dah 31/12/2010… cepat je masa berlalu… 2010 akan meninggalkan kita dalam masa tak sampai 24jam pun ag…
2010, banyak meninggalkan kesan yang cukup mendalam dalam diri aku, dalam hidup aku… of cos ada yang suka dan ada juga yang duka. Yang suka semestinya akan sentiasa membuatkan aku tersenyum, yang duka akan membuatkan aku menitiskan air mata. Orang kata yang duka tu jangan di ingat, tapi macam mana nak lupa kalau benda tu a part of my life…?? Memang sesuatu yang tak mungkin dapat aku hilangkan dari ingatan.

Tahun 2010, aku mulakan ngan lapor diri sebagai pelajar LI kat UKP, HUSM… kat cni aku kenal kawan2 baru yang memang sekepala ngan aku, ena, ct, mie, apih n jie. Apa yang lagi best, aku dapat penyelia yang sangat baek, k.noor. Epi dapat kenal ngan dorang. Banyak benda yang kitorang share sama2.

Bulan 6, aku abes LI… masok study cam biasa… epi jugak sebab dapat jumpa balik ngan kawan2, walaupun otak dok risau pikir sal our final sem… awal2 sem, sangat2 suka sebab dapat jumpa ngan insan tercinta. Sanggup dia datang kuantan, untuk jumpa aku.

Tapi…., gembira aku tak lama, 17/07 bila aku dikejutkan ngan berita yang membawa dia kembali kepada Pencipta. Ujian yang sangat besar aku terima daripadaNYA. Lemah segala sendi aku saat aku dengar suara mama gtau yang Ejat dah tiada. Aku rasa kan bagai masa berhenti dan aku masih dapat dengar suara terakhir dia pagi tu. Apa yang aku bleh buat…?? Aku boleh menangis je.., saat tu tak der apa aku bleh fikir. Aku call mak ayah aku, aku hanya bleh gtau yang aku nak balik. Aku nak jumpa arwah. Time tu kol11 malam, erin kawan aku yang temankan aku balik Kelantan. Mak ayah memang tak bagi aku balik sorang dalam keadaan aku camtu… saat tu, msg dari kawan2 dan family yang bagi kata2 semangat tak putus. Tapi makin aku baca, makin aku sebak. Aku tak boleh fikir. Hanya msg amni yang aku balas. Pagi esoknya aku g rumah arwah ngan family aku, bukan rezeki aku untuk menatapnya buat kali terakhir, semua persediaan hospital yang uruskan. Aku cuba tahan air mata yang ingin jatuh masa mama peluk aku. yaAllah.., besarnya dugaanMu… angan2 kami, dia yang perkenalkan aku kepada family dia, kenyataannya…?? Jauh menyimpang… malam tu, aku balik ke kuantan, papa msg aku gtau walau apa pun terjadi aku dah macam keluarga mereka. Makin sebak dada aku, air mata aku masih belum kering. Hampir seminggu aku tak makan, hari2 aku g kelas macam dah tak der semangat. Sampaikan lecturer panggil, sebab pangai aku yang jauh berbaza. Tapi awal2 lagi kawan2 aku dah citer semuanya. Kawan2 la yang sentiasa ada ngan aku time ni. Dorang tak putus2 nasihatkan aku, bagi aku semangat, dorang tak pernah tinggalkan aku walau seminit pun, thanx sangat2 k.emma, azie, eb, nana, ct, erin, ena, liza. Teap2 ari family aku call, msg tanya perkembangan aku, aku tau dorang risau. Pama pun sama… sampai la aku dah tak sanggup nak risaukan mak ayah, abang2 n akak aku, kawan2 aku. Tak sanggup nak tengok kawan aku pun turut sama nanges bila aku tak dapat kawal perasaan. Aku cuba untuk bangkit, cari balik kekuatan aku sebelum ni. Yess.., aku berjaya tersenyum, walaupun hakikatnya hati aku tak saper yang tahu. AKU TAK SEKUAT YANG KORANG NAMPAK.

Bulan 10, aku sibuk giler ngan quiz, test, assignment, project, program, seminar… aku cuba untuk tak fikir benda2 lain, just struggle for it. Kawan2 aku cakap, RAWAIDA WAS BACK. Aku epi2 kan hidup aku ngan kawan2, ngan pama aku tak lost contact.

2/11 aku start final. 3/11 malam, aku rasa serabut yang teramat. Perasaan aku bercampur. Sebab…?? Malam tu aku study untuk paper acc. Subject yang arwah janji nak ajar aku, tapi tak berkesempatan. Malam tu aku rindu dia yang teramat sangat. Aku ingat pesan semua, rindukan dia, sedekahkan al-Fatihah… aku try tumpukan perhatian untuk study. Esoknya, Alhamdulillah aku boleh jawab walaupun ikut suka aku jer…

11/11…, sekalil lagi sedih yang teramat sangat bila terpaksa berpisah ngan kawan2 seperjuangan, dan entah bila plak bleh jumpa. Yang satu negeri tu, i/Allah la bleh jumpa kan, yang dok jauh2 tu.., tak tau bila la plak. Tapi kitorang janji nak jumpa ai konvo nanti, so kawan2 sila hadirkan diri anda yer…

26/11 plak ari penentu usaha aku selama dua tahun ni…, Alhamdulillah… keputusan yang aku dapat tak membuatkan aku menyesal pilih jalan ni…

Hari2 seterusnya aku lalui seperti biasa. Cuma sepanjang bulan 12 agak mencabar bagi family aku bila sorang demi sorang anak2 buah aku sakit. Tapi kebanyakan budak2 kecik pun dapat sakit yang sama, musim kot.. mmm…, sehingglah hari ni, mereka dah kembali aktif seperti biasa, Cuma mak aku yang tak brapa chat lagi. Alhamdulillah semakin ok…

Perjalanan hidup aku sepanjang 2010, aku rasa sangat panjang, sangat sakit. Tapi family dan kawan2 yang setiasa menjadi ‘orange of my black’… dorang yang sentiasa jadi yang bercahaya masa aku down…

Hopefully 2011 membawa sinar yang besar dalam hidup aku. Menjadikan aku lebih dewasa bersama2 meningkatnya usia aku. i/Allah….










2 comments:

  1. and now RAWAIDA WAS BACK! :)
    eda, selamat tahun baru!!!

    ReplyDelete
  2. hehehhe...
    thanx nana..
    selamat tahun baru untuk nana jugak... :)

    ReplyDelete